Sabtu, 28 April 2018

Tamat Asasi .

Assalamualaikum. Hye guys.
Alhamdulillah kini hampir seminggu tamat sudah program Asasi di USIM. Aku pelajar asasi perubatan tetapi sudah membuat keputusan untuk berpijak dibumi nyata bahawa perubatan bukan bidang kerjaya aku. Sedih,kecewa dan terkilan sudah lama sebati dalam diri. Salah siapa semua ini terjadi? Ya. Semestinya salah aku. Tidak usaha sehabis mampu. Meninggalkan rakan-rakan sekelas merupakan satu perkara yang sulit untuk aku buat. Diaorang kan berada di Pandan Indah sedangkan aku masih di Nilai. Jarak yang jauh berbatu memisahkan kitaorang tetapi satu harapan aku janganlah persahabatan ini terhenti disini sahaja. Cukup untuk hari ini. Jumpa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan