Hye guys , assalamualaikum.
Kejap je kan tahun 2017 hampir menutup tirainya maka bermulalah fasa 2018 yang akan ditempuh. Banyak benda baru yang berlaku dari hari ke hari. Kadang-kadang ia membawa khabar gembira kadang kala menyakitkan namun itulah rencah dan perisa kehidupan. Setiap orang berhadapan dengan pelbagai dugaan yang tersendiri,macam aku . Semenjak masuk ke sem II ini,banyak perubahan yang berlaku dari segi kawan,pembelajaran dan sebagainya. Berita gembira yang ingin dikongsikan ialah aku bakal menimbang adik baru padan bulan 7 tahun 2018. Doakan yang baik-baik je okey. Tetapi sedihnya,aku sudah membuat keputusan untuk tidak meneruskan pengajian dalam bidang perubatan. Rugikan? Tapi apalah gunanya meneruskan jalan yang sememangnya mati dihujungnya. Sem ini banyak menguji kesetiaan berkawan dan kerjasama group untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Suka atau tidak terpaksa hadapi bersama. Moga segalanya berjalan lancar . Insyaallah. Amin. Happy new year !
Jumaat, 29 Disember 2017
Rabu, 29 November 2017
Result
Assalamualaikumm..
Akhirnya setelah sebulan bercuti tibahlah masanya meneruskan pengajian di semester ke-2 . Tempat masih sama,classmate dan housemate juga masih sama. Yang berubah hanya lecturer dan subject ditambah. Maka secara tak langsung result final exam semester 1 sudah keluar. Sejujurnya,alhamdulillah tetapi aku kecewa dan sedikit sedih dengan keputusan yg sederhana. Sesungguhnya jika dibandingkan dengan rakan-rakan lain dalam asasi perubatan ini semuanya 3.7 keatas pointernya. Tetapi aku jauh ketinggalan dibelakang. Rendahnya rasa diri ini jika nk dibandingkan dengan lain. Sesungguhnya tuhan maha mengetahui .

Selasa, 24 Oktober 2017
Tamat .
Hye assalamualaikum,
Alhamdulillah,tamatlah sudah semester 1 aku di USIM. Perasaan? Sudah semstinya lega tapi aku masih risau akan result yang bakal diterima. Moga-moga aku meraih kejayan yang cemerlang. aminn.. Sekarang tunggu pepereksaan muet yang bakal tiba tak lama lagi (4/11/2017) .Doakan kitaorang dapat menjawab dengan tenang dan meraih band yang terbaik untuk kami menyambung pengajian kelak. Aku ingin membalas jasa kedua ibu bapa ku. Apalah jasa mampuku balas selain memberikan kejayaan yang mampu membahagiakan mereka.

Khamis, 10 Ogos 2017
Kecewa .
Assalamualaikum. Kini hampir tiga bulan aku bergelar mahasiswa di USIM,Negeri Sembilan. Banyak perkara yang terjadi dalam jangka masa itu. Ada suka ada duka. Hampir 3 minggu juga mid sem telah berlalu. Result? Usah ditanya pastinya belum tahu. Tetapi hari ini aku kecewa dengan keupayaan diri sendiri. Quiz online chemistry aku amatlah teruk untuk dibandingkan dengan rakan rakan yang lain. Sungguh aku terkilan. Tak terdaya aku untuk menahan air mata daripada dititiskan. Final exam hampir tiba harapnya aku mampu lakukan yang terbaik kelak. Wish me luck 🙋
Khamis, 6 Julai 2017
Stress
Assalamualaikum. Hye guys. Lamakan menyepi. Harini hampir 2 bulan aku menyambung pengajian di USIM. Gah kan namanya? Tapi aku tak layak untuk berada disini. Jiwa aku bukan disini. Aku tak mampu. Classmate aku sangat bijak. Rasa diriku seperti insan kerdil yang tergapai-gapai ditengah lautan ilmu. Tiada siapa yang mampu menyelamatkan kecuali diri sendiri. Jika aku mempunyai pilihan. Percayalah sudah lama bumi usim ini tidak ku jejak. Namun apakan daya,rezeki aku disini. Tiada pilihan hanya perlu melangkah. Aku tak faham kenapa orang lain okey ja disini tetapi tidak aku. Stress yang melampau dengan classmate sendiri. Apa salah diaorang? Entahlah. Susah untuk diterangkan. Aku nak jadi diri sendiri bukannya berpura-pura. Aku letih dengan lakonan dunia. Biarkan aku jadi diri aku please.
Sabtu, 25 Mac 2017
Kesyukuran.
Assalamualaikum,selamat petang semua.
Sekarang hampir 2 minggu selepas result SPM keluar. Alhamdulillah,rezeki dari tuhan yang maha pemurah telah memberikan kejayaan untuk ku yang dapat membahagia serta membanggakan ibu dan ayah tercinta. Tak dapat digambarkan berasaan bahagia dan gembira dengan rezeki kurniaan tuhan ini. Harapan aku semoga kejayan lebih terselah di IPT dan masa akan datang. Kebahagiaan kian terasa kerana dapat meraikan kejayaan bersama rakan-rakan tersayang. Kejayaan ini bukan hanya milikku tapi milik kami semua. Melihat keceriaan dan kegembiraan wajah keluarga,rakan-rakan dan para guru memberikan aku kepuasan dalam penat lelah aku menelaah pelajaran degan tekun selama ini. Semoga kami terus berjaya pada masa akan datang. Amin.. Amin.. Insyaallah .
Rabu, 15 Mac 2017
Derbaran Kian Terasa .
Assalamualaikum. Hari ini 15/3/2017 merupakan detik debaran yang tak mampu aku dan rakan-rakan lain menyangkalnya. Tinggal hanyalah 13 jam lagi bakal merubah dan merungkai segala persoalan dan keraguan serta kegelisaan ini. Jiwa ini takut,bukannya bertindak menolak takdir tuhan namun jiwa ini belum kuat untuk berdepan dengan kenyataan yang kemungkinan memeritkan mahupun sebaliknya. Usaha telah dilaksanakan tinggal tawakal yang perlu diikhlaskan. Tipulah jika siapa tidak menginginkan kejayaan tipulah juga siapa yang tidak bersedih andai result SPM tak cemerlang yang diharapkan. Aku mengharpkan keputusan yang bakal aku terima esok dapat menggembirakan dan menyenangkan hati ayah dan bonda tercinta serta adik-adik yang banyak memberikan sokongan dan semangat untuk aku bangun menghadapi kenyataan kehidupan. Hati ini kian merasai debaran . Tak sanggup untukku berdepan dengan masyarakat andai keputusan tidak memuaskan. Aku tahu gagal SPM bukan bererti gagal selamanya. Namun,aku tidak mampu untuk membiarkan ibu ayahku malu andai punya anak sepertiku yang tidak mampu untuk menunaikan hasrat dan impian mereka. Moga tuhan memberikan yang terbaik untukku juga rakan-rakan yang lain. Good Night, See you soon.
Rabu, 22 Februari 2017
Lepasan SPM
Hye guys, assalamualaikum.
Sihat? Rasa dah bersawang blog ni. Lama tak update cerita baru sejak tamat SPM. Sekarang aku kat rumah menanam anggur ja. Haha sambil-sambil ambik kesempatan mengajar junior sebelum sambung pengajian kelak. Aku juga ambil lesen memandu dan menunggu test jpj 27/2 ni. Berdebar and takut sebenarnya. Wish me luck kay? Berdebar juga menanti result SPM lagi 3 minggu dari sekarang. Hope dapat yang terbaiklah. Doakan kay. See you later. Daaa. Nite 😘

Langgan:
Catatan (Atom)