Sabtu, 25 Mac 2017

Kesyukuran.

Assalamualaikum,selamat petang semua.
Sekarang hampir 2 minggu selepas result SPM keluar. Alhamdulillah,rezeki dari tuhan yang maha pemurah telah memberikan kejayaan untuk ku yang dapat membahagia serta membanggakan ibu dan ayah tercinta. Tak dapat digambarkan berasaan bahagia dan gembira dengan rezeki kurniaan tuhan ini. Harapan aku semoga kejayan lebih terselah di IPT dan masa akan datang. Kebahagiaan kian terasa kerana dapat meraikan kejayaan bersama rakan-rakan tersayang. Kejayaan ini bukan hanya milikku tapi milik kami semua. Melihat keceriaan dan kegembiraan wajah keluarga,rakan-rakan dan para guru memberikan aku kepuasan dalam penat lelah aku menelaah pelajaran degan tekun selama ini. Semoga kami terus berjaya pada masa akan datang. Amin.. Amin.. Insyaallah . 

Rabu, 15 Mac 2017

Derbaran Kian Terasa .

Assalamualaikum. Hari ini 15/3/2017 merupakan detik debaran yang tak mampu aku dan rakan-rakan lain menyangkalnya. Tinggal hanyalah 13 jam lagi bakal merubah dan merungkai segala persoalan dan keraguan serta kegelisaan ini. Jiwa ini takut,bukannya bertindak menolak takdir tuhan namun jiwa ini belum kuat untuk berdepan dengan kenyataan yang kemungkinan memeritkan mahupun sebaliknya. Usaha telah dilaksanakan tinggal tawakal yang perlu diikhlaskan. Tipulah jika siapa tidak menginginkan kejayaan tipulah juga siapa yang tidak bersedih andai result SPM tak cemerlang yang diharapkan. Aku mengharpkan keputusan yang bakal aku terima esok dapat menggembirakan dan menyenangkan hati ayah dan bonda tercinta serta adik-adik yang banyak memberikan sokongan dan semangat untuk aku bangun menghadapi kenyataan kehidupan. Hati ini kian merasai debaran . Tak sanggup untukku berdepan dengan masyarakat andai keputusan tidak memuaskan. Aku tahu gagal SPM bukan bererti gagal selamanya. Namun,aku tidak mampu untuk membiarkan ibu ayahku malu andai punya anak sepertiku yang tidak mampu untuk menunaikan hasrat dan impian mereka. Moga tuhan memberikan yang terbaik untukku juga rakan-rakan yang lain. Good Night, See you soon.