Khamis, 1 Mac 2018

Sem II

Hye,guys..Assalamualaikum,apa khabar semua? sihat?
Harini 01/03/2018 bermakna hanya lebih kurang sebulan je lagi untuk aku dan rakan-rakan meneruskan pengajian diperingkat asasi. Tak sangka kejap je masa berlalu seakan baru semalam memijak kaki di USIM. Banyak perkara yang berlaku sepanjang sem I dan II ini. Ada ketawa,ada gembira,ada kecewa,ada sedih,ada marah,dipendekan cerita ada pelbagai rasa dan warna untuk bergerak dalam satu team yang berjaya. Semuanya membawa satu tujuan yang sama iaitu mendidik kami semua untuk berkerjasama,bertolak ansur,memahami,memaafkan,menerima dan memberi serta berkongsi segalanya dalam menyiapkan sesuatu tugasaan. Perbezaan taraf pendidikan tidak pernah menghalang mereka untuk berteman dan menerima aku sebagai sahabat. Mereka banyak mengajar aku erti wanita solehah,sahabat yang membawa ke syurga serta menegur apabila diri ini tersalah langkah. Buat teman Muslimat TTM1 (Rai,Put,Syud,Yun,Mirahdil,Syaza,Liyana,Alia,Ecah, Sajid,Aslina dan Mawaddah) Korang tetap ada dalam ingatan dan kenangan saya sampai keakhirnya,kerana dari kalian saya belajar ertinya persahabatan. Terima kasih sudi melayan kerenah manja,gedik dan angin marah saya yang entah siapa yang mampu bertahan. Maafkan andai ada perbuatan dan tindakan saya yang korang terasa dan kecewa.Buat teman muslimin TTM1 (Arif,Hasif,Muaz,Ikhmal,Hafiz,Megat,Azrin,Azzam,Faris dan Amin) Korang banyak mengajar aku menjadi muslimah yang sempurna,memperbaiki diri arah lebih baik,berfikiran terbuka dan sejujurnya aku masih tak dapat melupakan perkataan QUEEN CONTROL yang pernah korang ucapkan. Tetapi terima kasih mengingatkan aku tentang hakikat itu dan percayalah aku seupaya mungkin mengubahnya. Terima kasih juga buat yang pernah menegur aku secara jujur tetapi maaf juga aku tak mampu melupakannya walaupun sudah hampir setahun berlalu kerana hal itulah aku menangis tanpa henti seharian. Aku banyak salah dan dosa dengan teman muslimin yang secara tak sengaja pernah terkata,terumpat dan terpuji. Hope Korang sudi memaafkan. Terima kasih classmate yang sanggup menerima diri in yang tak setaraf dan sebijak kalian. Kita umpama langit dan bumi walaupun didunia yang sama tetapi berbeza darjat dan kepandaian. Terima kasih tak terhingga kerana tidak menjadikan itu sebagai ukuran dalam menjalinkan persahabatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan