Jumaat, 21 Disember 2018

Study week



Assalamualaikum.
Day by day pass , Kejap je minggu depan exam final untuk sem 1. Perasaan? Entah,berbaur rasanya. Stress,excited,scary,happy and sad. Semuanya ada. Cuma study week sem ini lain sikit sebab semua housemate balik kampung. Tinggal dua orang je kat rumah which is aku and seorang lagi member. Alahaii,ini yang buat aku rasa nak balik kampung jugak. Huhu. Study? Masih dalam proses. Doakan aku dan kawan-kawan berjaya dengan cemerlang ye. Supaya boleh dapat scholar nanti. Got to go now. See you soon. Daa..

Selasa, 16 Oktober 2018

Student's life

Hye. I'm back.
Assalamualaikum. Hampir dua bulan mendaftar disini. Banyak pahit manisnya kehidupan sebagai pelajar. Masalah pembelajaran,masalah kewangan dan lain2 adalah lumrah kehidupan. Kerana setiap pahit mesti ada manisnya dan itulah yang aku percaya. Melalui pengalaman ini sejujurnya mendidik diri supaya lebih matang dan dewasa dalam membuat keputusan. Sejujurnya diri ini masih dipaut rindu akan rakan2 rapat di KL yang semestinya berjuang habis-habisan. Dan aku percaya jodoh itu rahsia tuhan dan kita sebagai manusia perlu berusaha setelah itu berserah kepada takdirnya. Doakan saya. See you soon. 

Isnin, 10 September 2018

Good bye

Hye assalamualaikum.
04/09/2018 inilah hari permulaan sebagai pelajar ijazah sarjana muda sesi 18/19 di Universiti tempatan. Perasaan sedih meninggalkan adik2 dan keluarga tentubya ada. Tapi lagi menyedihkan apabila terpaksa berpisah jauh dengan rakan2 baik yang ada disetiap jatuh dangan bangun aku selama setahun aku di Asasi. Kehilangan besar dapat dirasakan apabila tiada lagi gelak ketawa dan telatah diaorang yang mewarnai hari2 ku. Perginya si jantung hati untuk berperang di medan ilmu. Begitu jua aku disini. Bertabahlah melalui hari mendatang dengan suasana baru,rakan baru dan pembelajaran baru. Semoga semuanya beroleh rahmat dari Nya.

Khamis, 5 Julai 2018

Baby Born

Hye,Assalamualaikum.
28/06/2018 lahirnya seorang insan ke bumi tuhan. Aniq Naufal telah lahir kedunia seberat 2.76kg. Alhamdulillah kuasa tuhan memudahkan semuanya. Happy dan meriahnya rasa keluarga apabila menerima ahli baru. Terima Kasih atas doa semua.

Jumaat, 25 Mei 2018

Keputusan.

Hye,assalamualaikum.
Finally result is coming. Firstly,alhamdulillah aku dapat setakat apa yang aku telah usahakan. Untuk apa kecewa tetapi kita memang sudah jangka perkara tersebut. Tetapi aku bersyukur dan berterima kasih atas apa yang dikecapi. Tipulah jika aku tidak kemburu dengan rakan-rakan yg rapat tetapi result diaorang jauh lebih gempak berbanding aku. Rasa kerdil sangat diri. Tapi itulah takdirnya. Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Sabtu, 28 April 2018

Tamat Asasi .

Assalamualaikum. Hye guys.
Alhamdulillah kini hampir seminggu tamat sudah program Asasi di USIM. Aku pelajar asasi perubatan tetapi sudah membuat keputusan untuk berpijak dibumi nyata bahawa perubatan bukan bidang kerjaya aku. Sedih,kecewa dan terkilan sudah lama sebati dalam diri. Salah siapa semua ini terjadi? Ya. Semestinya salah aku. Tidak usaha sehabis mampu. Meninggalkan rakan-rakan sekelas merupakan satu perkara yang sulit untuk aku buat. Diaorang kan berada di Pandan Indah sedangkan aku masih di Nilai. Jarak yang jauh berbatu memisahkan kitaorang tetapi satu harapan aku janganlah persahabatan ini terhenti disini sahaja. Cukup untuk hari ini. Jumpa lagi.

Khamis, 1 Mac 2018

Sem II

Hye,guys..Assalamualaikum,apa khabar semua? sihat?
Harini 01/03/2018 bermakna hanya lebih kurang sebulan je lagi untuk aku dan rakan-rakan meneruskan pengajian diperingkat asasi. Tak sangka kejap je masa berlalu seakan baru semalam memijak kaki di USIM. Banyak perkara yang berlaku sepanjang sem I dan II ini. Ada ketawa,ada gembira,ada kecewa,ada sedih,ada marah,dipendekan cerita ada pelbagai rasa dan warna untuk bergerak dalam satu team yang berjaya. Semuanya membawa satu tujuan yang sama iaitu mendidik kami semua untuk berkerjasama,bertolak ansur,memahami,memaafkan,menerima dan memberi serta berkongsi segalanya dalam menyiapkan sesuatu tugasaan. Perbezaan taraf pendidikan tidak pernah menghalang mereka untuk berteman dan menerima aku sebagai sahabat. Mereka banyak mengajar aku erti wanita solehah,sahabat yang membawa ke syurga serta menegur apabila diri ini tersalah langkah. Buat teman Muslimat TTM1 (Rai,Put,Syud,Yun,Mirahdil,Syaza,Liyana,Alia,Ecah, Sajid,Aslina dan Mawaddah) Korang tetap ada dalam ingatan dan kenangan saya sampai keakhirnya,kerana dari kalian saya belajar ertinya persahabatan. Terima kasih sudi melayan kerenah manja,gedik dan angin marah saya yang entah siapa yang mampu bertahan. Maafkan andai ada perbuatan dan tindakan saya yang korang terasa dan kecewa.Buat teman muslimin TTM1 (Arif,Hasif,Muaz,Ikhmal,Hafiz,Megat,Azrin,Azzam,Faris dan Amin) Korang banyak mengajar aku menjadi muslimah yang sempurna,memperbaiki diri arah lebih baik,berfikiran terbuka dan sejujurnya aku masih tak dapat melupakan perkataan QUEEN CONTROL yang pernah korang ucapkan. Tetapi terima kasih mengingatkan aku tentang hakikat itu dan percayalah aku seupaya mungkin mengubahnya. Terima kasih juga buat yang pernah menegur aku secara jujur tetapi maaf juga aku tak mampu melupakannya walaupun sudah hampir setahun berlalu kerana hal itulah aku menangis tanpa henti seharian. Aku banyak salah dan dosa dengan teman muslimin yang secara tak sengaja pernah terkata,terumpat dan terpuji. Hope Korang sudi memaafkan. Terima kasih classmate yang sanggup menerima diri in yang tak setaraf dan sebijak kalian. Kita umpama langit dan bumi walaupun didunia yang sama tetapi berbeza darjat dan kepandaian. Terima kasih tak terhingga kerana tidak menjadikan itu sebagai ukuran dalam menjalinkan persahabatan.