Hye,assalamualaikum.
Hari ini hampir dua minggu aku menamatkan peperiksaan SPM . Gembira ? Sudah semestinya setelah berpenat lelah berperang dengan soalan. Sedih? Ya,kerana bakal meninggalkan rakan-rakan yang banyak membantu ketika susah dan senang serta meninggalkan para guru yang banyak menabur budi dan jasa untuk kami anak muridnya. Gelisah? Ya,berdebar menanti keputusan kelak kerana takut mendapat tidak seperti yang diharapkan. Bosan ? Ya,tiada aktiviti yang menarik untuk dilakukan selain kerja sambilan. Kadang-kadang aku terfikir bersediakah aku untuk menempuh alam dewasa yang penuh dengan kebebasan dan cabaran. Setiap perkara yang dilakukan bergantung kepada tindakan kita sendiri tanpa pengawasan ibu bapa sepenuhnya. Adakah ini yang para remaja inginkan? Bagi aku tidak kerana hal ini akan merosakkan diri sendiri. Berwaspada ketika memilih kawan. Itulah yang terbaik. Buat rakan-rakan sekelas di SMKPTJ,terima kasih kerana sudi menjadi sahabat terbaik buatku. Terima kasih kerana menerima dan memahami diri ini seadanya. Jangan pernah lupakan kenangan yang kita bina bersama selama hampir 4tahun ini. Kepada para guru,terima kasih kerana telah mendidik saya menjadi insan seperti yang cikgu lihat hari ini. Jasamu guru tak pernah lapuk ditelan arus. Buat keluarga,terima kasih atas segala sokongan dan dorongan yang menjadi pemangkin ke arah kemajuan dalam hidupku. Terima kasih kerana sudi menjaga dan membesarkan insan seperti ku. Terima kasih untuk segalanya ~

