Sabtu, 25 Mac 2017

Kesyukuran.

Assalamualaikum,selamat petang semua.
Sekarang hampir 2 minggu selepas result SPM keluar. Alhamdulillah,rezeki dari tuhan yang maha pemurah telah memberikan kejayaan untuk ku yang dapat membahagia serta membanggakan ibu dan ayah tercinta. Tak dapat digambarkan berasaan bahagia dan gembira dengan rezeki kurniaan tuhan ini. Harapan aku semoga kejayan lebih terselah di IPT dan masa akan datang. Kebahagiaan kian terasa kerana dapat meraikan kejayaan bersama rakan-rakan tersayang. Kejayaan ini bukan hanya milikku tapi milik kami semua. Melihat keceriaan dan kegembiraan wajah keluarga,rakan-rakan dan para guru memberikan aku kepuasan dalam penat lelah aku menelaah pelajaran degan tekun selama ini. Semoga kami terus berjaya pada masa akan datang. Amin.. Amin.. Insyaallah . 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan