Hi guy, salam jumaat semua.
Selfish? Korang rasa aku macam tu ke? Hrm.. entahlah. Maybe ya? Maybe tak? 'Kem lonjakkan akademik JPN Pulau Pinang'. Gah kan namanya? Tapi sayang aku tak dipilih. Apa perasaan aku? Sudah tentulah kecewa tapi untuk apa sedangkan aku sendiri yang tidak begitu pandai dalam banyak subjek. Terkilan dan kecewa memang terasa dihati. Namun aku tak salahkan sesiapa kerana salahnya terletak dibahu aku sendiri. Sekarang tanggung lah sendiri. Tapi, atas tolak ansur rakan kelas aku yang buat aku rasa bertuah mengenali mereka semua tanpa banyak bicara membolehkan aku ikut serta dalam kem ini. Tipulah cakap aku tak gembira tapi aku risau dengan penerimaan mereka nanti. Siapalah aku. Hidung tak mancung pipi tersorong. Adakah aku terlalu selfish?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan