Khamis, 12 Mac 2015

Hati .

Hati . Hanya 4 abjad. Mudah ditulis,mudah di ingat. Namun,tak mudah memahami apa yang tersirat. Menyimpan pelbagai rahsia dan rasa. Kecewa,sedih,riang dan sebagainya tersimpan kukuh dijiwa. Siapa yang mengerti? Manusia? Sahabat?

Aku kecewa dengan sikap diri. Yang mudah bongkak,sombong seperti aku yang terhebat. Tapi aku lupa siapa aku. Hanya hamba yang hina disisi-Nya. Teruknya diri. Sebab itu , dia tarik nikmat yang diberi kerana aku tak pernah tahu erti bersyukur.  Detik ini aku kian mengerti. Aku jadi seorang yang pelupa. Makin lama daya ingatan semakin lemah. Salah siapa? Ya ! Salah aku. Makin aku takut di sebalik bayangan hitam yg ak hanya lah lalang yang bakal hilang ditiup angin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan